assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday 9 May 2019

SEMANGAT KESUKANAN JULANG KEJUARAAN



Saban tahun, SMTDRDM mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2019 bagi menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan pelajar. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 20 Mac 2019, bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor. Meskipun hari mendung dan hujan lebat sebelum kejohanan berlangsung ia tidak mematahkan semangat para pelajar serta guru-guru untuk meneruskan kejohanan. Kehadiran ibu bapa turut turun padang memeriahkan kejohanan pada hari tersebut.

Tepat jam 8.30 pagi kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen rumah-rumah sukan yang bertanding. Seterusnya bersambung dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah. Kejohanan diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengetua SMTDRDM Tn Haji Abdul Karim bin Wahi. Kejohanan Olahraga Tahunan SMTDRDM telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG Tn Haji Mohd Wazir bin Yusuf. Perasmi memuji semangat dan kecekalan para pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang hadir untuk menjayakan kejohanan meskipun hujan lebat pada paginya.

Di antara acara menarik yang diadakan sepanjang kejohanan ialah pertandingan sorakan rumah, acara balapan, tarik tali, dan turut diadakan acara untuk ibu bapa dan guru-guru. Setiap acara diselangi dengan upacara penyampaian hadiah bagi acara-acara yang dipertandingan sebelum kejohanan seperti acara lompat tinggi, lompat jauh dan acara balapan larian 200 meter, 4x400 meter dan sebagainya.

KUNING JUARA!!!

Kejohanan Olahraga SMTDRDM tahun ini dijuarai oleh Rumah Kuning diikuti oleh Rumah Biru,yang ketiga Rumah Merah dan yang keempat Rumah Hijau. Kejohanan Olahraga tahun ini berjalan dengan lancer meskipun hujan pada paginya. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar, guru-guru serta ibu bapa telah menjadi titik tolak kemeriahan sukan tahunan pada tahun ini. Semoga para pelajar terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang sukan namun termasuk juga bidang akademik.





Rumah Hijau

Rumah Merah


Rumah Biru

Acara Larian

Acara Tarik Tali

Perbarisan

Acara Lompat Tinggi


No comments:

Post a Comment