assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday 8 October 2020

 Pulau Pangkor, 09 September 2020 - Karnival Sukan Sekolah 2020 telah berlangsung dibeberapa tempat disekitar kawasan sekolah dan Teluk Gedung. Semua pelajar melibatkan diri secara langsung mahupun tidak sama ada sebagai peserta pertandingan atau sebagai sukarelawan. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan seperti pertandingan Ping Pong, Bola Sepak, Bola tampar dan Badminton. Matlamat utama dijalankan Karnival Sukan Sekolah untuk mencari pelapis bagi setiap pertandingan yang dijalankan. Semoga dengan usaha ini, pihak sekolah berjaya mencari calon pelapis yang bermutu dan berkualiti untuk pertandingan yang akan disertai sama ada pada peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.


























Pulau Pangkor, 02 September 2020 - Bersempena dengan sambutan Hari Asyura bersamaan 10 Muharram 1442 yang disambut meriah oleh seluruh umat Islam diseluruh negara, pihak sekolah juga mengambil kesempatan bersama-sama menjalankan gotong-royong memasak 'Bubur Asyura' untuk dinikmati oleh warga SMTDRDM.  Menjadi satu tradisi bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia untuk memasak bubur Asyura sebagai simbolik sambutan Hari Asyura dengan mencampurkan 10 jenis ramuan dalam resepi memasak bubur Asyura.

‘Asyura’ berasal daripada perkataan Arab ‘asyara’ yang membawa maksud sepuluh yang merujuk hari kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam. 

Rasulullah S.A.W telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura, dan apabila difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. 

(Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Semoga segala amalan kebaikan yang dilakukan oleh kita semua mendapat ganjaran pahala dan keredhaan daripada Allah SWT. 
















Pulau Pangkor, 28 Julai 2020 - Program Jalinan Ilmu antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh bersama Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung telah berlangsung dengan jayanya. Seluruh warga sekolah termasuk semua guru, pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terlibat secara langsung dengan program yang dijalankan oleh pihak IPG. 

Terdapat dua SLOT bagi program pelajar Tingkatan 4 & 5 seperti:

SLOT 1: Fresh Mind, Green Soul (Bebaskan Fikiranmu dengan Ketenangan Jiwa)

SLOT 2: Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM

Manakala bagi guru juga terdapat dua SLOT iaitu:

SLOT 1: Pedagogi Terbeza

SLOT 2: Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul.

Kedua-dua program yang dijalankan telah memberikan kesan yang positif kepada peningkatan pengetahuan guru dan pelajar. Diharap program-program seperti ini akan diteruskan di masa yang akan datang dan hubungan baik antara pihak sekolah dan IPG Ipoh akan terus terjalin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak IPG Ipoh atas kesudian berkongsi ilmu dengan kami. Jazakumullahukhairankasira. 😊


















Wednesday 24 June 2020


PERSIAPAN MENERIMA MASUK PELAJAR TINGKATAN 5 MENGIKUT STANDARD OPERATIONAL PROCEDURE (SOP) YANG DIKELUARKAN OLEH KPM

Pulau Pangkor, 16 Jun 2020- Sesi persekolahan yang akan bermula 24 Jun membabitkan kira-kira 2,000 sekolah dan 500,444 pelajar di seluruh negara akan melalui norma baharu persekitaran sekolah yang mengamalkan penjarakan sosial yang selamat. Sebelum aktiviti gotong–royong persiapan norma baru persekolahan dijalankan, guru-guru diberikan taklimat oleh Tuan Pengetua berkaitan dengan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk penegasan terhadap "Langkah Pencegahan Covid di Sekolah" semasa sesi pembukaan sekolah tidak lama lagi. Semoga dengan usaha ini, pihak sekolah dapat membendung penularan dan memutuskan rantaian jangkitan covid-19. 

Guru-guru yang terlibat dalam persiapan pembukaan sekolah 













Kelas Tingkatan 5 dengan norma baru di Dewan SMTDRDM



Persiapan asrama mengikut SOP penjarakan sosial