assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday 9 May 2019

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2018


         Manjung, 14 Mac - Seramai 29 orang bekas pelajar SMTDRDM  telah menerima slip keputusan SPM 2018. Turut hadir ibu bapa pelajar, bagi meraikan kejayaan anak masing-masing. Bak kata pepatah siapa yang menanam,dia akan menuai sesuai dengan natijah  yang telah diterima oleh pelajar-pelajarini. Seorang pelajar SMTDRDM telah memperoleh 11A , iaitu saudara Muhammad Zuhair bin Mohd Nor Ariffin dan 2 orang pelajar masing-masing memperoleh keputusan 10A iaitu saudara Muhammad Firdaus bin Wahid dan Saudara Muhammad Izdiyad bin Mohd Rodzi . Pelajar-pelajar selebihnya memperoleh 9A, 8A,7A,6A dan lain-lain. Slip keputusan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Karim bin Wahi. Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

MABRUK....






No comments:

Post a Comment