assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 1 August 2017

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB TASAWWUR ISLAM DAERAH MANJUNG

Pada 13 Julai yang lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Tasawwur Islam yang bertempat di SMK Dinding. Bengkel ini telah disertai seramai 19 orang pelajar Tingkatan 5 Tahfiz bersama guru subjek Tasawwur Islam SMTDRDM iaitu Ustazah Norazura binti Rahim. Antara pengisian bengkel tersebut adalah cara untuk menjawab soalan KBAT memandangkan elemen KBAT merupakan elemen terbaru di dalam soalan SPM Tasawwur Islam. Semoga para pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah dipelajari melalui bengkel tersebut di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.









No comments:

Post a Comment