assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Monday 31 July 2017

KEM SILAT SMTDRDM 2017

Pada 11-13 Julai yang lalu, SMTDRDM telah mengadakan Kem Silat bagi tahun 2017 yang bertempat di D'Batik Motel, Teluk Batik, Lumut, Perak. Seramai 35 orang pelajar Kelab Silat SMTDRDM telah menyertai kem tersebut bersama dua orang guru pengiring Kelab Silat SMTDRDM, iaitu Ustaz Mohd Firdaus bin Zamzurri dan Ustaz Mohammad Zulqhairi bin Sufian Suri. 

Di dalam kem ini, para pelajar berpeluang untuk membuat latihan bagi menghabiskan Buah-buah Silat mereka bersama penyelia Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Perak bagi Daerah Manjung, iaitu Saudara Saiyid Mohd Zahid Hamdi. Antara Buah-buah Silat yang diajarkan adalah Buah Kilas Belakang, Buah Kidong Kiri, Buah Kuntau Jatuh, dan beberapa buah yang lain. Selain daripada buah silat, para pelajar juga turut menyertai sesi Jungle Tracking pada sebelah malamnya.



























No comments:

Post a Comment