assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 19 November 2019

MESYUARAT PIBG DAN HARI BERTEMU WARIS


Manjung, 3 Mei - Agenda musyawarah sangat penting dalam memupuk kesatuan terutama di antara ibu bapa dan warga SMTDRDM. Sehubungan dengan itu pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk melantik pimpinan baru serta membincangkan perkara-perkara yang bertujuan untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan pelajar-pelajar tahfiz.

          Semua guru dan ibu bapa turut hadir bagi menjayakan program ini. Digabungkan bersama Hari Bertemu Waris khusus untuk para guru al-Quran menerangkan kepada ibu bapa berkaitan prestasi hafaan anak-anak mereka. Dan diteruskan dengan agenda yang terdapat dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Alhamdulillah pihak PIBG telah melantik Yang |Dipertua PIBG yang baru iaitu Ustaz Muhammad Bin Abu Bakar dan barisan AJK yang lain. Semoga PIBG terus bergerak cemerlang bagi mendokong institusi tahfiz ini.








No comments:

Post a Comment