assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Wednesday 4 September 2019

LAWATAN PENANDA ARAS, LAHIR GURU AL-QURAN PRODUKTIF


Simpang Empat, 23 April – Lawatan penanda aras ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah penyelaras al-Quran. SMTDRDM. Selain kelas al-Quran di sekolah, guru perlu didedahkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah lain. Oleh itu, pihak SMTDRDM mengambil inisiatif dengan menganjurkan lawatan ini dengan tujuan memberi peluang kepada guru-guru bagi menimba pengalaman daripada sekolah yang mengambil kurikulum bersepadu tahfiz (KBT).  

Buat julung kalinya pihak SMTDRDM yang diwakili oleh semua guru-guru al-Quran telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMKA Kerian, Simpang Empat. Sekolah tersebut merupakan sekolah terbaik SPM pada tahun 2018. Di antara objektif lawatan tersebut diadakan ialah untuk melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan. Selain itu, ialah untuk meningkatkan pencapaian guru dan pelajar khusus dalam matapelajaran maharat al-Quran dan Hifz al-Quran. Di samping, dalam usaha menjadikan SMTDRDM sebagai sumber rujukan dan qudwah untuk sekolah-sekolah yang lain.




Para guru mula bertolak menaiki feri jam 6.45 daripada jeti Marina seterusnya menaiki van sekolah menuju ke SMKA Kerian dan tiba pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut ceria oleh warga SMKA Kerian termasuk pengetua sekolah berkenaan. Para guru disediakan dengan jamuan minum pagi di kantin sekolah. Kemudian terus ke bilik mesyuarat sekolah berkenaan untuk meneruskan sesi lawatan.

Lawatan dimulakan dengan ucapan daripada pengetua SMKA Kerian, beliau mengalu-alukan kehadiran semua guru al-Quran dan mengharapkan perkongsian idea bersama daripada kedua-dua belah pihak. Sesi lawatan yang pertama ialah penerangan berkaitan amalan pengajaran dan pembelajaran subjek Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran. Dari sudut teknik, rutin dan kaedah yang digunakan. Bagi sesi kedua penerangan berkaian perlaksanaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Banyak input dan teknik berguna yang boleh diaplikasi dalam pembelajaran di SMTDRDM.

Lawatan diakhiri dengan ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Kerian dan wakil SMTDRDM Ustaz Ahmad Fauzul ‘Azim bin Mohammad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Juga penyampaian hadiah dan cenderahati kenangan daripada kedua-dua belah pihak. Semoga lawatan yang diadakan mampu melahirkan guru yang produktif dalam membentuk golongan huffaz yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan.














No comments:

Post a Comment