assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Wednesday 20 February 2019

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI PELAJAR TINGKATAN 1



MANJUNG, 24 Jan – Berakhirlah sudah minggu transisi yang telah berlangsung selama 2 minggu. Minggu transisi ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 Tahfiz di bawah kelolaan Unit Kaunseling SMTDRDM. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan di dalam minggu ini, antaranya pengisian daripada semua ketua bidang, pengenalan berkaitan sekolah, pertandingan syarahan serta nyanyian solo dan sebagainya. Semua pelajar bersemangat dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan. Objektifnya ialah untuk memberi pengenalan berkaitan sekolah dan paling utama mengukuhkan ukhuwah di antara pelajar dan juga warga SMTDRDM keseluruhannya.

                Majlis penutup program transisi ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Muhammad Khair Azhar bin Kamaruddin. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan juga telah disampaikan oleh beliau. Semoga para pelajar sentiasa proaktif dan bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.


Pemenang Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu

Pemenang Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris

 Pemenang Pertandingan Nyanyian Solo

Pemenang Pertandingan Syarahan Bahasa Arab

Penyampaian hadiah


Penyampaian hadiah


No comments:

Post a Comment