assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday 27 December 2018

MAJLIS GRADUASI HUFFAZ SMTDRDM 2018

Alhamdulillah, buat julung kalinya, SMTDRDM telah mengadakan Majlis Graduasi Huffaz SMTDRDM bagi tahun 2018 yang bertempat di Dewan Terbuka SMTDRDM pada tanggal 23 November yang lalu. Majlis tersebut bagi meraikan anak-anak pelajar yang berjaya mengkhatamkan hafalan 30 juzuk mereka serta cenderahati kepada pelajar yang berjaya menghafal mengikut muka surat yang tertinggi pada Mukhayyam Al-Quran yang telah berlangsung pada 19 - 22 November yang lalu. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mohamed Arif bin Ismail dan juga Ketua Kampung Teluk Gedung. Semoga dengan usaha ini, para pelajar lebih bersemangat untuk mengkhatamkan hafalan 30 juzuk mereka di samping turut menghayati isi kandungan Al-Quran tersebut. Tahniah diucapkan kepada para guru Al-Quran SMTDRDM kerana dengan usaha anda, ramai pelajar kita yang berjaya mengkhatamkan 30 juzuk mereka. Alhamdulillah.



Perarakan masuk para tetamu dan pelajar







Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG
Tuan Haji Mohamed Arif bin Ismail



Bacaan Tarannum daripada pelajar



Majlis Penyampaian Cenderahati kepada 
pelajar yang berjaya khatam 30 juzuk


























Majlis Penyampaian Cenderahati kepada pelajar 
yang berjaya menghantar bilangan muka surat tertinggi




















No comments:

Post a Comment