assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Wednesday 18 April 2018

MUKHAYYAM BAHASA INGGERIS & BAHASA ARAB 2018

Pada 14 April yang lalu, SMTDRDM telah menganjurkan Mukhayyam Bahasa Inggeris & Bahasa Arab yang telah dikelolakan oleh Bidang Bahasa SMTDRDM iaitu bagi Panitia Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Mukhayyam ini dijalankan bagi mendedahkan para pelajar kepada kedua dua bahasa tersebut dan  dalam masa yang sama dapat menarik minat pelajar mencintai bahasa tersebut. 

Acara dimulakan dengan Panitia Bahasa Inggeris iaitu Acara Explorace yang mana di dalam aktiviti tersebut, para pelajar akan diberikan beberapa halangan bagi meneruskan pencarian mereka dan halangan tersebut di dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, setelah selesai aktiviti Bahasa Inggeris, program diteruskan dengan aktiviti Bahasa Arab iaitu Permainan Scrabble dan Dam Gergasi. Kedua-dua aktiviti tersebut dijalankan di dalam Bahasa Arab. Para pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik dan menunujukkan minat terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini, para pelajar dapat mengambil manfaat di samping menambahkan kosa kata mereka di dalam kedua dua bahasa tersebut.








































No comments:

Post a Comment