assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Wednesday 14 March 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 8 2018

Pada 3 Mac yang lalu, SMTDRDM telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 8 yang bertempat di Kolej Vokasional Seri Manjung. Kejohanan Olahraga ini telah dirasmikan oleh Tuan Helmi bin Ariffin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Kejohanan olahraga ini juga telah dihadiri oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMTDRDM, Tuan Haji Mohd Arif bin Ismail dan juga telah dimeriahkan dengan kehadiran para jemputan serta ibu bapa pelajar. 

Terdapat pelbagai acara yang telah dipertandingkan antaranya adalah Acara Balapan, Acara Tarik Tali, Acara Ibu Bapa dan Kanak-kanak, dan juga acara baru diadakan pada tahun ini iaitu Acara Lontar Peluru. Buat julung kalinya, Rumah Hijau dinobatkan sebagai Johan, Rumah Merah sebagai Naib Johan, Rumah Kuning di Tempat Ketiga, dan Rumah Biru di Tempat Keempat. Manakala bagi Khemah Rumah Sukan Terbaik jatuh kepada Rumah Kuning dan Perbarisan Terbaik jatuh kepada Rumah Merah.

Raptai penuh telah diadakan juga di Padang Kolej Vokasional Seri Manjung dan para pelajar bermalam di Asrama Kolej Vokasional pada 2 Mac bagi membuat persiapan khemah rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMTDRDM kerana telah berjaya mengadakan Kejohanan Olahraga kali ini dengan penuh kemeriahan. Semoga semangat kesukanan ini sentiasa berterusan dalam diri para pelajar. 


Sukantara 

Acara Lompat Tinggi


































Acara Lontar Peluru









No comments:

Post a Comment