assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ PEPERIKSAAN SPM 13 NOVEMBER - 6 DISEMBER 2018 ~

Tuesday, 6 February 2018

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA PELAJAR & AKU JANJI

Pada 29 Januari yang lalu, satu majlis bersempena dengan perlantikan Ketua Pelajar telah diadakan di Dewan Terbuka SMTDRDM. Di dalam majlis tersebut telah menyaksikan seramai 21 orang pelajar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar Sekolah. Di dalam majlis tersebut juga turut mengumumkan Muhammad Farhan bin Fuzi telah dilantik sebagai Ketua Umum Sekolah, Fikri Farhat bin Rozaidi sebagai Penolong Ketua Umum Sekolah, dan Muhammad Razif bin Khairun Nizam sebagai Penolong Ketua Umum Asrama. 

Bacaan ikrar Aku Janji telah dibacakan oleh Ketua Umum Sekolah, Muhammad Farhan bin Fuzi sebagai lafaz ikrar taat setia dan sedia berkhidmat untuk sekolah. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah dilantik menjadi Ketua Pelajar dan semoga dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan amanah dan bertanggungjawab.


























Perlantikan Ketua Pelajar Baru




No comments:

Post a Comment