assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 8 August 2017

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB EKONOMI ASAS SMAN

Pada 5 Ogos yang lalu, SMTDRDM telah menyertai Bengkel Ekonomi Asas yang bertempat di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah di Kg Gajah, Perak. Bengkel ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar teknik untuk menjawab soalan Ekonomi Asas SPM yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sebanyak 4 buah sekolah dan 114 pelajar telah menghadiri bengkel ini iaitu Sekolah Idzzudin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Azhar bin Abd Hadi merupakan guru Ekonomi Asas di Sekolah yang telah berpengalaman selama 10 tahun di dalam pemeriksaan kertas Ekonomi Asas SPM. Terdapat 2 slot yang telah dijalankan iaitu slot yang pertama merupakan teknik untuk menjawab soalan Ekonomi Asas manakala slot yang kedua pula merupakan slot berbentuk bengkel dan para guru pembimbing yang hadir berperanan sebagai fasilitator. Semoga para pelajar menggunakan segala ilmu dan teknik yang telah dicurahkan oleh Cikgu Mohd Azhar bin Abd Hadi di dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang. 





















No comments:

Post a Comment