assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 11 July 2017

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA PERINGKAT DAERAH MANJUNG SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK 2017

Pada 4 & 6 Julai yang lalu, SMTDRDM telah menghantar seramai 4 orang pelajar bagi mewakili sekolah di dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Manjung Sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak 2017.

Bagi Pertandingan Bahasa Inggeris, pelajar tersebut adalah Muhammad Tahir bin Ahmad Khairuddin pelajar Tingkatan 5 dan Abdullah bin Nor Aizudin pelajar Tingkatan 3 dan bagi Pertandingan Bahasa Malaysia, pelajar tersebut adalah Muhammad Firas Fathullah bin Abdul Maajid pelajar Tingkatan 3 dan Muhammad Loqman Hafiz bin Samsudin pelajar Tingkatan 5.

Bagi Pertandingan Bahasa Inggeris, tiada rezeki buat pasukan sekolah, namun bagi Pertandingan Bahasa Malaysia, Muhammad Firas Fathullah bin Abdul Maajid berjaya mewakili sekolah ke Peringkat Negeri yang bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah. Manakala Muhammad Loqman Hafiz bin Samsudin berjaya mendapat Tempat Ketiga. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga kejayaan ini dapat membakar semangat pelajar yang lain untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.

Pidato Diraja Bahasa Malaysia











Pidato Diraja Bahasa Inggeris








No comments:

Post a Comment