assalamualaikum


PENGUMUMAN

~ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2 - 04 JUN 2018 ~

Tuesday, 25 July 2017

MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN DAERAH MANJUNG

Pada 8 Jun yang lalu bersamaan dengan 13 Ramadhan 1438H menjadi tarikh bersejarah buat Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk mencemar duli bagi merasmikan bangunan baru Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung, Teluk Bharu, Pulau Pangkor. Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan adalah Menteri Besar perak, Datuk Seri Dr Zamry bin Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Exco-exco Kerajaan Negeri Perak, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Haji Mohd Yusof bin Husin.

Sekolah Menengah Tahfiz Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung ini dahulunya dikenali sebagai Maahad Tahfiz Pulau Pangkor yang dibuka pada Januari 2010 yang ketika itu menumpang bangunan di Sekolah Agama Rakyat An-Nur di Kampung Masjid.
                                     
                                     
















































No comments:

Post a Comment