assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 4 April 2017

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS DAERAH MANJUNG

15 orang pelajar SMTDRDM telah terlibat dalam menjayakan menjayakan pementasan ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ yang merupakan tajuk drama di dalam buku antologi Tingkatan 5 bagi Pertandingan Drama Komsas yang telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Manjung bertujuan untuk mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan dalam diri setiap pelajar khususnya dalam bidang lakonan.

Pertandingan ini juga dijalankan bagi mencari pasukan Drama Komsas sekolah yang terbaik dalam mewakili Daerah Manjung ke Pertandingan Peringkat Negeri. Pasukan SMTDRDM telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang dibantu oleh Cikgu Mior Abdullah B. Abdul Aziz selaku Jurulatih Drama dan guru pengiring sewaktu pertandingan berlangsung. Walaupun ianya merupakan pertama kali SMTDRDM melibatkan diri di dalam pertandingan ini, namun ini membuktikan pelajar SMTDRDM juga cemerlang bukan sahaja dalam bidang kurikulum, bahkan kokurikulumnya juga.

Juara bagi Pertandingan Drama Komsas ini telah disandang oleh SMK Batu Sepuluh yang akan mewakili Daerah Manjung ke Peringkat Negeri dan SMK Seri Samudera telah merangkul Tempat Kedua. 













No comments:

Post a Comment