assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ PEPERIKSAAN SPM 13 NOVEMBER - 6 DISEMBER 2018 ~

Tuesday, 4 April 2017

LAWATAN PELAJAR TINGKATAN 5 KE MAHKAMAH TINGGI DAN RENDAH SYARIAH DAERAH MANJUNG

Untuk memberikan peluang kepada pelajar bagi mengenali dunia kehakiman dengan lebih jelas, Ustaz Mohd Firdaus B. Zamzurri, guru Pendidikan Syariah Islamiah telah membawa pelajar Tingkatan 5 seramai 19 orang ke Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Daerah Manjung pada 29 Mac yang lalu.

Lawatan ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai tindakan dan prosiding untuk memutuskan mana-mana kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang Islam. Para pelajar berpeluang untuk mengikuti beberapa pembicaraan dalam mahkamah seperti penceraian, tuntutan harta sepencarian, dan nusyuz.

Di akhir lawatan, para pelajar berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Azman B. Saad dalam sesi soal jawab yang berkaitan dengan mahkamah.









No comments:

Post a Comment