assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Saturday 18 March 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2016

Pada 16 Mac yang lalu, satu majlis telah diadakan bersempena dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM bagi calon 2016.  Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang ibu bapa calon SPM dan juga para guru. Satu pencapaian yang membanggakan apabila SMTDRDM menewaskan sekolah-sekolah agama kerajaan negeri yang lain seperti Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Sekolah Izzudin Shah, dan lain-lain dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.87.

Meskipun tiada pelajar yang mendapat 11A, namun SMTDRDM mencipta kejayaan dengan keputusan 100% lulus bagi semua subjek. Tahniah diucapkan kepada 4 orang pelajar yang berjaya mendapat 10A iaitu Hafizudin bin Abdullah Radhi, Muhammad Ammar Sufi bin Mohd Rosli, Wan Muhammad Furqan bin Wan Asnari, dan Amirul Mukminin bin Amri. Manakala 2 orang pelajar telah mendapat 9A, seorang pelajar mendapat 8A dan 6A, dua orang pelajar mendapat 5A, tiga orang pelajar bagi 4A dan 3A, serta dua orang pelajar mendapat 2A.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan semoga kejayaan besar ini dapat menyuntikkan semangat kepada para pelajar yang lain. Tidak lupa juga sekalung tahniah diucapkan kepada para guru yang turut sama membantu para pelajar dalam menempa kejayaan. Semoga ilmu yang dikutip sepanjang pengajian di SMTDRDM dapat digunakan dengan sebaiknya dan selamat maju jaya!

                                      















































No comments:

Post a Comment