assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Tuesday 14 February 2017

BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA MELAYU SPM

Pada 8 Februari yang lalu, Bidang Bahasa Melayu SMTDRDM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu SPM yang bertempat di Dewan Terbuka SMTDRDM. Bengkel yang bermula dari jam 9 itu dan pada jam 1.30 petang telah diisi oleh Munsyi Ahmad Solehin bin Shaari, daripada Pejabat Pendidikan Daerah Manjung. 

Bengkel ini menekankan format peperiksaan SPM kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 khususnya. Selain itu, para pelajar juga telah didedahkan berkenaan tatabahasa Bahasa Melayu, kerana tatabahasa banyak mempengaruhi markah dan sekiranya para pelajar menggunakan tatabahasa yang baik dan betul, markah tinggi akan diberikan kepada pelajar.

Bengkel ini juga turut mengajarkan teknik penulisan karangan yang cemerlang dan teknik pengurusan masa ketika menjawab soalan supaya para pelajar fokus  dan tidak terleka.












































No comments:

Post a Comment