assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday 24 November 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK

Jabatan Agama Islam Perak ( JAIPk) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak pada 7 Oktober 2016 yang lalu bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM) Ipoh, Perak.

Senarai Pelajar yang menerima Anugerah Tahfiz Muda



SMTDRDM telah menghantar seramai 5 orang pelajar bagi menerima Anugerah Tahfiz Muda iaitu bagi mereka yang telah berjaya mengkhatamkan Al-quran sebanyak 30 juzuk. Pelajar-pelajar tersebut adalah Wan Muhammad Furqan binti Wan Asnari, Tingkatan 5, Farhan bin Abdul Nasir, Tingkatan 4, Mohamad Amiruddin bin Mustafa, Tingkatan 4, Muhamad Faezrul Danial bin Azmi, Tingkatan 4, dan Nury Nabhan bin Ismail.

Turut mengiringi para pelajar adalah Penyelaras Al-quran SMTDRDM, Ustaz Nurul Anuar bin Zulkarnain dan Ustaz Mohd Hafiz bin Zakaria.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan semoga menjadi pemangkin semangat untuk pelajar yang lain turut mengkhatamkan Al-quran mereka di sekolah yang tercinta.






No comments:

Post a Comment