Pada 25-29 Julai yang lalu, SMTDRDM telah mengadakan Minggu Bahasa SMTDRDM 2016. Antara panitia-panitia yang terlibat ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Arab.
Bagi Panitia Bahasa Inggeris, aktiviti yang dijalankan adalah Spelling Bee dan Charade. Manakala untuk Panitia Bahasa Arab, aktiviti Explorace ( Lu'bah) dan untuk Bahasa Melayu adalah Teater Bangsawan.
Sambutan dan kerjasama daripada para pelajar sangat menggalakkan, dan para pelajar telah memberikan kerjasama yang sangat baik.
Diharapkan para pelajar dapat mengambil manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan dapat mengaplikasikan di dalam kelas mahupun kehidupan seharian. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam Minggu Bahasa SMTDRDM 2016 terutama guru-guru bahasa.
Gimik Minggu Bahasa SMTDRDM 2016
Panitia Bahasa Inggeris : Spelling Bee & Charade
No comments:
Post a Comment