assalamualaikum


ADI,PENGUMUMAN

~ SELAMAT DATANG TAHUN 2019 ~

Thursday, 12 May 2016

PROGRAM CENDIAKAWAN MUDA

Pada 21-25 April yang lalu, pihak sekolah telah menyertai Pertandingan Program Cendiakawan Muda anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) sempena Minggu Amanah Saham Malaysia 2016 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang bertempat di Tapah. Antara sekolah yang terlibat ialah SMAN, SMTDR, SABK, dan SMK.

Oleh itu, pihak sekolah telah menghantar seorang wakil daripada pelajar Tingkatan Lima, iaitu Saudara Mohd Azri Zuhir bin Zamri yang telah dibimbing oleh Ustaz Muhammad Hafizzuddin bin Zakariya.

Pelajar akan melalui peringkat saringan secara berkelompok sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir. Pada peringkat saringan, Mohd Azri Zuhir telah mendapat tempat kedua yang melayakkan dirinya ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir, dengan tajuknya 'Istidraj', Mohd Azri Zuhir berjaya mendapat tempat kedua sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM 1,000.00 manakala pihak sekolah pula mendapat RM 2,000.00 hasil daripada kemenangan beliau. Warga sekolah mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah.





















No comments:

Post a Comment