Pada 15-17 April yang lalu, buat julung kalinya, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi SMTDRDM telah mengadakan Kem Jati Diri Silat yang bertempat di Institut Pembangunan Modal Insan Zon Utara Jabatan Pengairan dan Saliran, Ipoh, Perak. Seramai 29 orang pelajar telah menyertai kem ini.
Di dalam kem ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman dalam seni persilatan yang telah diajarkan oleh 4 orang jurulatih yang berpengalaman, antaranya nasihat dan juga pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh pesilat, falsafah silat, dan juga teknik silat.
No comments:
Post a Comment