Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba iaitu pada 31 Ogos 2015, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung telah mengadakan Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 58 yang bertempat di Dewan Firdausi SMTDRDM.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengetua Haji Ahmad Faisal bin Yahya diiringi oleh Ustaz Mohamad bin Abu Bakar dengan penyerahan bendera kepada ketua pelajar. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan sajak oleh pelajar tingkatan 2 iaitu Muhamad Adlan bin Haslanoor yang bertajuk Satu Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan ialah pertandingan melukis poster kemerdekaan dan juga pertandingan menghias kelas.
Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 58
No comments:
Post a Comment