Pada 25 Oktober yang lalu, SMTDRDM telah mengadakan Majlis Perpisahan Mantan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Faisal bin Yahya yang telah bersara pada bulan Disember pada tahun lepas. Bertemakan Sanjungan Bakti Junjungan Budi Kasih Abadi, majlis yang bertempat di Dewan Terbuka SMTDRDM itu berlangsung dengan meriah termasuk Persembahan Silat daripada Pelajar Tingkatan 3. Terima kasih diucapkan kepada Mantan Pengetua, Tuan Haji Ahmad Faisal bin Yahya kerana sudi datang ke majlis ini dan memeriahkan majlis serta atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami warga SMTDRDM. Panjang umur, ada rezeki, semoga kita berjumpa lagi. Selamat bersara, cikgu.
No comments:
Post a Comment