Pada 2 April yang lalu, secara rasminya Pusat Sumber Sekolah telah kembali beroperasi setelah hampir dua tahun ditutup kerana proses penambahbaikan. Upacara perasmian telah dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dan telah dirasmikan oleh Tuan pengetua SMTDRDM, Tuan Haji Abdul Karim bin Wahi diiringi oleh Penolong Kanan Petadbiran, En. Muhammad Khair Azhar bin Kamarudin serta Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Siti Nursyaheeda binti Ahmad Wazir. Acara dimulakan dengan Pemotongan Riben oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Guru Pusat Sumber, Puan Mazni binti Omar dan Puan Nuraini binti Ahmad. Semoga dengan adanya Pusat Sumber ini, dapat memudahkan pelajar untuk mencari bahan rujukan dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber
Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah
No comments:
Post a Comment