Pada 1 November yang lalu, dengan kerjasama daripada Balai Bomba Pulau Pangkor, telah diadakan satu latihan kebakaran bagi melatih pelajar menghadapi sebarang kemungkinan dan kecemasan di kemudian hari. Ceramah mengenai kebakaran juga turut diadakan di dalam Dewan Terbuka SMTDRDM yang mana latihan kebakaran ini merupakan kali kedua diadakan selepas latihan kebakaran diadakan pada waktu malam pada bulan Oktober yang lalu.
Seramai 6 orang pegawai bomba telah menyertai latihan kebakaran ini serta seluruh warga SMTDRDM dan warga sekolah berpeluang untuk melakukan demonstrasi memadam api menggunakan Fire Extinguisher. Diharapkan dengan pengalaman ini, para pelajar dan warga sekolah lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan di masa akan datang dan terim aksih diucapkan kepada Balai Bomba Pulau Pangkor di atas kerjasama dan tunjuk ajar yang telah diberikan.
No comments:
Post a Comment