Pada 23 April yang lalu bertempat di Masjid Al-Adly, Lumut seramai 36 orang pelajar dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi SMTDRDM bersama 2 orang guru pengiring iaitu Ustaz Mohd Firdaus bin Zamzurri dan Ustaz Muhammad Zulqhairi bin Sufian Suri telah menghadiri Majlis Ijazah Asas Silat.
Majlis ini diadakan sebelum sesi pembelajaran silat 2017 bermula dan para pelajar akan diajar oleh Encik Saiyid Mohd Zahid Hamdi bin Syed Ismail yang merupakan penyelia silat bagi daerah Manjung. Di dalam majlis tersebut juga, para pelajar dan guru pengiring berkesempatan untuk bertemu dan berbaiah dengan YM Syeikh Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi (B.K.M) selaku Pewaris Mutlak Silat Cekak dan juga menjadi guru utama.
No comments:
Post a Comment