Pulau Pangkor, 09 September 2020 - Karnival Sukan Sekolah 2020 telah berlangsung dibeberapa tempat disekitar kawasan sekolah dan Teluk Gedung. Semua pelajar melibatkan diri secara langsung mahupun tidak sama ada sebagai peserta pertandingan atau sebagai sukarelawan. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan seperti pertandingan Ping Pong, Bola Sepak, Bola tampar dan Badminton. Matlamat utama dijalankan Karnival Sukan Sekolah untuk mencari pelapis bagi setiap pertandingan yang dijalankan. Semoga dengan usaha ini, pihak sekolah berjaya mencari calon pelapis yang bermutu dan berkualiti untuk pertandingan yang akan disertai sama ada pada peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung Pulau Pangkor
assalamualaikum
ADI,PENGUMUMAN
Thursday, 8 October 2020
Pulau Pangkor, 02 September 2020 - Bersempena dengan sambutan Hari Asyura bersamaan 10 Muharram 1442 yang disambut meriah oleh seluruh umat Islam diseluruh negara, pihak sekolah juga mengambil kesempatan bersama-sama menjalankan gotong-royong memasak 'Bubur Asyura' untuk dinikmati oleh warga SMTDRDM. Menjadi satu tradisi bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia untuk memasak bubur Asyura sebagai simbolik sambutan Hari Asyura dengan mencampurkan 10 jenis ramuan dalam resepi memasak bubur Asyura.
‘Asyura’ berasal daripada perkataan Arab ‘asyara’ yang membawa maksud sepuluh yang merujuk hari kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.
Rasulullah S.A.W telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura, dan apabila difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Semoga segala amalan kebaikan yang dilakukan oleh kita semua mendapat ganjaran pahala dan keredhaan daripada Allah SWT.
Pulau Pangkor, 28 Julai 2020 - Program Jalinan Ilmu antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh bersama Sekolah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung telah berlangsung dengan jayanya. Seluruh warga sekolah termasuk semua guru, pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terlibat secara langsung dengan program yang dijalankan oleh pihak IPG.
Terdapat dua SLOT bagi program pelajar Tingkatan 4 & 5 seperti:
SLOT 1: Fresh Mind, Green Soul (Bebaskan Fikiranmu dengan Ketenangan Jiwa)
SLOT 2: Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu SPM
Manakala bagi guru juga terdapat dua SLOT iaitu:
SLOT 1: Pedagogi Terbeza
SLOT 2: Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul.
Kedua-dua program yang dijalankan telah memberikan kesan yang positif kepada peningkatan pengetahuan guru dan pelajar. Diharap program-program seperti ini akan diteruskan di masa yang akan datang dan hubungan baik antara pihak sekolah dan IPG Ipoh akan terus terjalin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak IPG Ipoh atas kesudian berkongsi ilmu dengan kami. Jazakumullahukhairankasira. 😊
Wednesday, 24 June 2020
Guru-guru yang terlibat dalam persiapan pembukaan sekolah |
Kelas Tingkatan 5 dengan norma baru di Dewan SMTDRDM |
Persiapan asrama mengikut SOP penjarakan sosial |